Monday 2 April 2012

Pemilihan Hijab dengan Bentuk Muka

Pemilihan tudung yang sesuai bergantung kepada your face shape:

1.  Oval face shape
Dalam pemakaian tudung, bagi yang mempunyai bentuk muka oval, mereka bebas memilih fesyen bertudung dan dapat mengelakkan daripada memakai hairband. Bagi penggemar shawl, mereka bebas untuk menggunakan apa jua jenis material selendang dan juga bole memilih untuk memakai skaf (anak tudung) atau pun tidak


2. Square face shape

Dalam mengenakan tudung, bahagian tulang rahang yang dilihat dengan jelas bole disembunyikan di sebalik tudung dan penggunaan hairband supaya wajah tampak memanjang. Mereka yang memiliki bentuk muka seperti ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Style selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang atau shawl yang menjurus kepada gaya lilitan.


3. Oblong face shape

Mereka yang mempunyai bentuk muka seperti ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukan diletakkan ke bawah sedikit sehigga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu menutupi sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang sesuai digayakan.


 4.  Heart face shape

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi mereka yang memiliki wajah seperti ini, penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


5. Round face shape

Mereka yang mempunyai bentuk muka seperti ini disarankan menggunkan hairband terlebih dahulu sebelum menggunkan anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang, disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selendang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan. Diasarankan juga memakai skaf sebelum memakai tudung bawal agar bentuk muka kelihatan bujur.


So, choose the right tudung yang bersesuaian dengan muka u'all  ye =)

Daaaaa~~





No comments:

Post a Comment